Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih menjenguk dilaman EssentialOilDKayangan. Saya nak share sikit pengalaman saya berkaitan Essential Oil (EO) ni. Saya dah lama dengar pasal essential oil ni. Dah pernah la pakai zaman dulu-dulu. Ingat lagi beli burner yang pakai candle tu. Titikkan essential oil dan nikmati bau-bauan dia. Time tu dah rasa cukup menarik bau dia walaupun last-last tu bila mixture air dan oil dah kering, akan naik bau hangit kesan burner terbakar.
Lepas tu agak bertahun jugak la dah tak pakai burner tu. Ntah mana perginya. Dua tahun lepas, saya dapat role baru di Shell jugak. Tak berapa lama saya join, saya perasan macam-macam bau ada bila masuk office. Bukan bau perfume tapi bau macam essential oil yang pernah saya pakai dulu. Cuma bauan ni lagi pure dan memang best sangat bau dia. Kalau time team meeting tu memang semerbak la bau dia pasal duduk dalam meeting room yang confined space. Ada la tanya-tanya teammate bauan apa tu. Time tu tak la exited sangat nak tau detail.
Satu hari tu, saya tetiba dapat migraine kat office. Memang sakit tak terhingga. Sampaikan nak bukak mata pun sakit. Time tu ntah macam mana terborak ngan sorang team member ni, dia offer Peppermint Essential Oil from Young Living. Saya skeptical jugak, berkesan ke pakai minyak ni. Saya letak a few drops kat pergelangan tangan, then belakang telinga, leher and kat dahi. Mak ooiiii, kuatnya rasa sejuk berangin dia, bau semerbak aroma macam pudina. Terus mata terbukak luas. Memang terasa segar sangat-sangat lepas pakai. Tak sedar bila hilang sakit kepala. Alhamdulillah.
Tak lama lepas peristiwa kena migraine kat office, saya bgtau teammate yang saya nak beli Peppermint Essentail Oil brand Young Living tu. Mulanya satu ni je collection saya. Dalam masa sebulan je saya dah beli 5 botol semuanya. Yang lain tu saya beli Frankincense, Lavender, EndoFlex dan Citrus. Setiap malam sebelum masuk tidur saya baca sikit-sikit fungsi setiap jenis essential oil ni. Memang banyak jenis essential oil yang ada for different purpose of usage.
Alhamdulillah, saya rasa serasi pakai essential oil ni. Time sakit kepala, sakit perut memang saya cari essential oil ni. Setakat ni saya dah belajar buat beberapa jenis essential oil blend, balm, lip gloss, serum muka dan rambut dan foundation. Oil blend tu biasanya saya buat untuk sakit-sakit badan termasuk migraine dan sakit perut atau period pain.
Panjang pulak bercerita. So apakah itu essential oil?
Essential oil ni sudah digunakan semenjak ribuan tahun dahulu sampai sekarang. Ianya digunakan secara meluas dalam kosmetik, dietary dan spiritual dan merupakan sejenis minyak yang beraroma yang berasal asli dari daun, bunga, tumbuhan, dan juga dari kulit sesetengah buah. Essential oil yang pure diekstrak melalui kaedah distillation dan cold pressing.
Disamping essentail oils, saya juga tertarik dengan penggunaan age-old remedy, minyak Habatussauda atau Black Seed Oil atau Nigella Sativa. Kenapa ye? Sebabnya ia merupakan ubat bagi setiap penyakit dan salah satu sumber makanan Sunnah kegemaran Rasulullah SAW. Habatussauda ni merupakan tanaman semak belukar yang tumbuh liar pada setiap musim di beberapa kawasan seperti di utara Afrika, Asia dan Jazirah Arab. Biasanya setiap blend EO saya mixkan Habatussauda sekali.
Imam Bukhori juga meriwayatkan hadist dari Aisyah R.A bahawasanya ia mendengar Nabi SAW bersabda;
” Sesungguhnya Habbatus Sauda’ ini merupakan obat bagi setiap penyakit, kecuali saam. Aku bertanya, “Apakah saam itu?”. Baginda menjawab, “Kematian.”
Dalam riwayat Muslim:
“Tidak ada suatu penyakit, kecuali penyembuhannya ada didalam Habbatus Sauda.”
Ini aja buat masa ni. Harap sharing ni dapat memberi sedikit penerangan perkenaan essential oil dan kenapa saya pilih EO sebagai alternative remedies. Insya Allah more to come on my experience using this nature's pure essence …